Saturday, 29 December 2012

Perang Ahzab

Apa khabar??Mesti semua sihat-sihat walafiat sahaja bukan.Hari ini kita akan berbincang tentang Perang Ahzab.Ia juga dikenali sebagai Perang Khandaq.Perang Ahzab telah berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi.Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu.Dinamakan Perang Khandaq kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah.Selepas itu,Kaum Musyrikin terus menuju ke Madinah.Apabila mereka sampai,mereka terkejut kerana disekeliling Madinah ada parit,dusun dan sungai.Akhirnya mereka merancang untuk berkhemah di luar kawasan Madinah.Pada keesokkan harinya, tiba-tiba ada ribut pasir melanda perkhemahan Kaum Musyrikin.Semua Kaum Musyrikin melarikan diri ke Mekah.Akhirnya Kaum Muslimin Menang.Ok,tamatlah perbincangan kita di sini.Saya akhiri perbincangan ini dengan mengucapkan Jazakumullahhukhairankasira dan assalamualaikum.Sekian terima kasih.



Wednesday, 26 December 2012

Perang Uhud

Apa khabar??Mesti semua sihat-sihat sahaja bukan.Hari ini kita akan berbincang tentang "Perang Uhud".Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah(19 Mac 625M).Perang Uhud dinamakan kerana ia berlaku di Bukit Uhud.Bilangan tentera Muslimin ialah seramai 1000 orang yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w  tetapi hanya 700 orang sahaja yang sampai ke medan pertempuran manakala 300 orang yang lainnya telah berpatah balik ke Madinah kerana telah dihasut oleh Abdullah Bin Ubai.Bilangan tentera Musyrikin ialah seramai 3000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.Nabi Muhammad s.a.w telah membahagi tiga pasukan iaitu pasukan kanan,pasukan kiri dan pasukan memanah.Pasukan memanah telah ditempatkan di atas Bukit Uhud.Nabi Muhammad s.a.w tidak membenarkan  tidak membenarkan pasukan memanah turun ke bawah samada menang atau kalah.Perlawanan dimulakan dengan kemenangan memihak kepada kaum muslimin.Semasa kaum mushrikin berundur mereka meninggalkan harta mereka.Di sebabkan mereka meninggalkan harta mereka Pasukan memanah telah turun dari Bukit Uhud.Apabila Khalid Al-Walid melihat Pasukan memanah sudah turun ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit.Dia melakukan serang hendap dari arah belakang.Akhirnya,Kaum muslimin kalah.Bilangan tentera islam yang mati syahid sebanyak 70 orang termasuk Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dibunuh oleh Wahsyi.Bilangan kaum Musyrikin yang mati sebanyak 23 orang.Ok,tamatlah perbincangan kita ini.Saya mengahiri perbincangan kita dengan "Jazakumullahhukhairanwakasira'' dan ''Assalamualaikum'' dan sehingga kita berjumpa lagi.

 




Wednesday, 19 December 2012

Perang Badar

Apa khabar??Mesti semua sihat-sihat walafiat sahaja bukan....^_^ Ok,hari ini kita akan berbincang tentang ''Perang Badar".Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 hijrah.Sebelum pertempuran tersebut,telah berlaku beberapa pertempuran kecil antara pihak Muslim dan Mekah.Pada masa pertempuran,ketua kaum Musyrikin ialah Abu Jahal manakala kaum Muslimin ialah Nabi kita yang tercinta(Nabi Muhammad).Bilangan tentera kaum Musyrikin mempunyai 1000 orang manakala kaum Muslimin mempunyai 313 orang.Perang Badar itu sungguh sengit.Akhirnya, Allah menurunkan Malaikat untuk menolong kaum Muslimin.Apabila perlawanan itu tamat,tentera kaum Musyrikin yang telah mati sebanyak 70 orang dan manakala 70 orang lagi telah ditawan.Kaum Muslimin pula sebanyak 14 orang yang telah mati syahid "subhanallah" Maha Suci Allah.Sampai di sini sahaja jazakallahukhaironkasira dan Assalamualaikum.=)

riwayat hidup imam shafie

apa khabar??mesti semua sihat-sihat walafiat aja kan.Ok,hari ini kita akan berbincang tentang riwayat hidup Imam Shafie.Pada awalnya,beliau berpegang kepada Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq.Setelah itu,Imam Shafie berhijrah ke Mesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran.Peringkat permulaan pengajian beliau ialah ketika beliau di Mekah.Imam Shafie dilahirkan sama ada di Gaza,palestin atau berdekatan Asqalan atau Askelon di Turki atau Syria.Pada umur 7 tahun,Imam Shafie mula mempelajari Al-Quran.Ketika berumur 10 tahun,beliau berhijrah sekali lagi ke Mekah dan beliau mula mempelajari dan mengingati kitab Al-Muwatta'.Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy.Bani Quraisy merupakan penyokong Nabi Muhammad S.A.W setelah "Perang Badar".Ketika beliau berumur 22 tahun,Imam Syafie meninggalkan Mekah ke Madinah untuk bertemu dengan Imam Malik.Sekian terima kasih.Saya akhiri dengan ucapan jazakallahhukhairunkasira dan assalamualaikum,berjumpa lagi di masa akan datang jika nyawa masih dipertemukan.....=D



Monday, 10 December 2012

hormatilah semua orang

Apa khabar?Mesti semua sihat-sihat je kan.Hari ini saya  nak nasihat sikit pada korang semua.Jadi nasihat saya pada hari ini ialah ''HORMATILAH SEMUA ORANG''.Kita mestilah hormat kepada semua orang samada muda atau tua.Jika kita hormat kepada semua orang kita akan disenangi ramai.Kita juga akan mendapat pahala jika kita hormat semua orang.Jadi kepada adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang sekalian marilah kita hormat kepad semua orang.Ok,tamatlah cerita saya hari ini.ASSALAMUALAIKUM.Sehingga kita berjumpa lagi.







Saturday, 8 December 2012

pengorbanan keluarga saya

korang apa khabar???mengikut tajuk kita ialah pengorbanan keluarga saya,jadi saya nak ceritakan tentang pengorbanan keluarga saya.



pada 6 Jun 2003 yang lalu,saya dilahirkan di Hospital Az-Zahra.Saya dilahirkan dengan melalui perut ibu saya.Ibu saya harus dibedah jika mahu melahirkan saya.Saya dilahirkan dengan 8 bulan,semasa saya masih kecil saya dijaga oleh ibu bapa saya.Ibu bapa saya ,menjaga saya dengan penuh kasih sayang,tekun dan berjaga-jaga.Setelah saya 1 tahun lebih,saya diajar oleh ibu bapa saya untuk berjalan.Saya diajar dengan penuh tegas agar saya boleh berjalan.Setelah saya berumur5 tahun,saya dihantar oleh ibu bapa  saya ke Tadika Khalifah Bestari yang berdekatan dengan sekolah kakak saya.Jika ibu saya mengambil saya lewat,kakak sayalah yang menjaga saya dengan penuh teliti.Ketika itu,kakak saya baru berumur 7 tahun sudah pandai menjaga adiknya.Sekarang saya sudah berumur 9 tahun dan tahun hadapan saya menjadi pengawas sekolah saya.Semua ini sokongan keluarga saya kepada saya.


Sampai di sinu dahulu saya ucapkan assalamualaikum dan berjumpa lagi.

Thursday, 6 December 2012

bebaskan syria

 apa khabar?mesti sihat-sihat sahaja kan.kawan-kawan masih ingat tak saudara kita di syria.mesti kawan-kawan tahu kan.presiden mereka itu sangat kejam.mereka menderita kerana mereka tidak dapat makan.''ya allah bebaskanlah mereka dari Bashar Al-Asad.bagilah mereka dunia yang aman damai seperti bagaimana engkau bebaskan kami dari peperangan beribu-ribu tahun dahulu.selamatkanlah bumi syria ya allah''. amin.dan yang terakhir marilah kita memberi sumbangan kepada saudara kita di syria. ok, sampai sini sahaja.assalamualaikum.sehingga kita berjumpa lagi. 

                                                                                                                                                                                                                                           FREE THE SYRIA!                                                                      

hidup ini mesti beriman

 hidup ini mesti ada iman jika ingin masuk syurga.Allah sayang kepada orang yang beriman dan bertakwa.Jika  kita mahu masuk syurga memperbanyakkanlah membuat perkara yang mahmudah jangan buat perkara yang mazmumah.Jadi kepada kakak-kakak,abang-abang dan adik-adik sekalian ingatlah pesan Allah kepada kita.Bertaubatlah dengan segera sebelum Allah mencabut nyawa kita.....^_^