Perang Uhud

Apa khabar??Mesti semua sihat-sihat sahaja bukan.Hari ini kita akan berbincang tentang "Perang Uhud".Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah(19 Mac 625M).Perang Uhud dinamakan kerana ia berlaku di Bukit Uhud.Bilangan tentera Muslimin ialah seramai 1000 orang yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi hanya 700 orang sahaja yang sampai ke medan pertempuran manakala 300 orang yang lainnya telah berpatah balik ke Madinah kerana telah dihasut oleh Abdullah Bin Ubai.Bilangan tentera Musyrikin ialah seramai 3000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.Nabi Muhammad s.a.w telah membahagi tiga pasukan iaitu pasukan kanan,pasukan kiri dan pasukan memanah.Pasukan memanah telah ditempatkan di atas Bukit Uhud.Nabi Muhammad s.a.w tidak membenarkan tidak membenarkan pasukan memanah turun ke bawah samada menang atau kalah.Perlawanan dimulakan dengan kemenangan memihak kepada kaum muslimin.Semasa kaum mushrikin berundur mereka meninggalkan harta mereka.Di sebabkan mereka meninggalkan harta mereka Pasukan memanah telah turun dari Bukit Uhud.Apabila Khalid Al-Walid melihat Pasukan memanah sudah turun ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit.Dia melakukan serang hendap dari arah belakang.Akhirnya,Kaum muslimin kalah.Bilangan tentera islam yang mati syahid sebanyak 70 orang termasuk Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dibunuh oleh Wahsyi.Bilangan kaum Musyrikin yang mati sebanyak 23 orang.Ok,tamatlah perbincangan kita ini.Saya mengahiri perbincangan kita dengan "Jazakumullahhukhairanwakasira'' dan ''Assalamualaikum'' dan sehingga kita berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment