Friday, 2 August 2013

Malam Lailatul Qadar

                                ASSALAMUALAIKUM

 

APA KHABAR SEMUA?SEMUA BERPUASA HARI INI?HARI INI KITA AKAN MEMBINCANGKAN TENTANG MALAM LAILATUL QADAR.HARI INI KITA AKAN MEMBINCANGKAN TENTANG MALAM LAILATUL QADAR.SEPERTI APA YANG KITA TAHU MALAM LAILATUL QADAR ADALAH MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.MALAM INI DITURUNKAN PADA 10 MALAM TERAKHIR.MENURUT HADIS,MALAM INI DITURUNKAN PADA SALAH SATU MALAM GANJIL YAITU MALAM 21,23,25,27 DAN 29.NAMUN SEBAHAGIAN ULAMA' MENGANGGAP MALAM LAILATUL QADAR DITUUNKAN PADA SALA SATU MALAM GENAP YAITU 22,24,26,28 DAN 30.WALAU BAGAIMANAPUN,ANTARA HIKMAH INI DIRAHSIAKAN AGAR UMAT ISLAM RAJIN BERIBADAT KHUSUSNYA PADA 10 MALAM TERAKHIR MAJORITI MUSLIM BIASANYA BERUSAHA AGAR TIDAK MENSIA-SIAKAN MALAM INI. MEREKA AKAN TEKUN DAN MENJAGA DIRI AGAR BERJAGA PADA 10 MALAM TERAKHIR. SESIAPA YANG MELAKUKAN IBADAT PADA MALAM LAILATUL QADAR IBARATKAN DIA MEMBUAT IBADAT PADA 83 TAHUN 4 BULAN.

1. SEJARAH RINGKAS MALAM LAILATUL QADAR: APABILA SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH S.A.W. MENGKAGUMI IBADAH SEORANG UMAT BANI ISRAIL. YANG BERIBADAT SELAM SERIBU BULAN, DENGAN BERIBADAT PADA MALAM HARI DAN BEJIHAD PADA  SIANGNYA, LALU ALLAH ‘AZZA WA JALLA MENURUNKAN SURAH AL-QADAR YANG MENYATAKN MALAM LAILATUL QADAR  BAIK DARI SERIBU BULAN. IA ADALAH RAHMAT DAN KURNIAAN ALLAH TA’ALAKEPADA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.


APAKAH DOA DAN AMALAN PADA MALAM  LAILATUL QADAR?

1. BAGI ORANG YANG MENDAPAT MALAM LAILATUL QADAR UCAPKANLAH:

  اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ وَاعْفُ عَنّى

 2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.

 3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas. 

 

4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:

 سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

 OK,ITU SAHAJA PERBINCANGAN KITA BUAT HARI INI. SEKIAN TERIMA KASIH.

             

                               ASSALAMUALAIKUM

Wednesday, 27 February 2013

Salahudin Al-Ayubi

Apa khabar?Mesti semua sihat walafiat bukan.Ok,hari ini kita akan berbincang tentang "Salahudin Al-Ayubi".Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya.Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik.Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis.Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib.Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib.Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim.Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Meah dan Madinah.Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang negeri-negeri Salib.Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis.Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England.Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard.Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain.Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard.Ok,sehingga jumpa lagi.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

                                                       

Sunday, 20 January 2013

Nabi Muhammad S.A.W Dengan Sebiji Limau

 Apa khabar??Mesti sahabat-sabat sekalian sihat walafiat bukan.Hari ini saya akan menceritakan satu cerita yang bertajuk ''Nabi Muhammad S.A.W Dengan Sebiji Limau''.Pada suatu hari Rasullah S.A.W didatangi oleh seorang wanita kafir.Pada ketika itu,Nabi Muhammad S.A.W bersama dengan sahabat-sahabat baginda.Wanita tersebut membawa beberapa biji limau sebagai hadiah untuk baginda dan sahabat-sahabat baginda.Lalu,baginda tersenyum dan memakan seulas demi seulas limau tersebut.Selalunya baginda makan bersama sahabat-sahabat baginda tetapi kali ini tidak.Setiap kali dengan senyuman ,hingga habis semua limau itu.Lalu,wanita itu meminta diri  untuk pulang,dan menerima ucapkan terima kasih daripada Rasulullah.Sahabat baginda amat hairan akan sikap baginda.Mereka menanya kepada baginda.Baginda tersenyum lalu menjelaskannya"Tahukah kamu bahawa buah limau itu sebenarnya masam,saya bimbang di antara kamu yang akan mengenyetkan mata dan memarahi wanita tersebut.Sungguh indah sikap baginda.Baginda tidak pernah memperkecilk-kecilkan pemberian kepada baginda sama ada baik atau tidak.Wanita tersebut amat kecewa ia kerana ingin mempermaikan Rasulullah dan para sahabat.Malangnya wanita tersebut tidak berjaya.Begitulah ceritanya wabillahitaufiqwalhidayahassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh