Salahudin Al-Ayubi

Apa khabar?Mesti semua sihat walafiat bukan.Ok,hari ini kita akan berbincang tentang "Salahudin Al-Ayubi".Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya.Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik.Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis.Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib.Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179
selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam
serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya
menumpaskan tentera Salib.Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim.Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Meah dan Madinah.Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang negeri-negeri Salib.Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali
hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya
menawan semula Baitulmuqaddis.Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England.Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard.Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain.Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard.Ok,sehingga jumpa lagi.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment